Rabu, 5 November 2014

TOKOH-TOKOH USAHAWAN YANG BERJAYA.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.Pada coretan kali ini saya akan berkongsi antara tokoh-tokoh usahawan yang berjaya mahupun sedang meningkat naik pada masa kini.Pada blog saya kali ini saya telah memilih tokoh-tokoh terkenal seperti Tan Sri Syed Mokhtar  Al-Bukhary,Pn. Faiza Bawumi Sayed Ahmad serta Dato' Siti Nurhaliza Binti Tarudin.Mesti ramai yang tertnya-tanya mengapa saya mengambil tokoh-tokoh tersebut sebagai kajian saya. Hal ini disebabkan oleh kerana tokoh-tokoh ini telah berjaya membawa nama produk ciptaan mereka di persada antarabangsa serta sikap usahawan yang terdapat dalam diri tokoh-tokoh tersebut telah menarik perhatian saya untuk memilik tokoh-tokoh ini.

Sebelum saya berkongsi dengan lebih lanjut adalah lebih elok andai saya menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang tokoh-tokoh tersebut.

Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary

Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary di lahirkan di Alor Setar,Kedah pada tahun 1951.Beliau merupakan anak ke tiga dari tujuh orang adik beradik.Memulakan fasa persekolahan di Alor Setar.Pada usia 9 tahun beliau telah tinggal bersama bapa saudaranya iaitu Syed Omar di Johor Bahru dan telah menyambung pendidikan beliau dari darjah 4 sehingga ke tingkatan 2.Kemudian beliau telah kembali ke kampung halamannya iaitu Alor Setar dan menyambung pelajan di sk saint micheal's di tingkatan 5.Beliau sering membantu ibunya menanam sayur-sayuran dan menjual hasil tamanam itu di pasar, jalan telok wah jah dan beliau juga menjual roti canai di pasar berkenaan.Selain itu,beliau turut melakukan pekerjaan mengembala kambing peliharaan bapanya di pusat kaurantin berdekatan dengan stesen ketera api Alor Setar.Beliau telah menceburi pelbagai bidang perniagaan.

Pn. Faiza Bawumi Sayed Ahmad.

Pn.Faiza merupakan seorang yang lemah lembut namun agak tegas.Beliau di lahirkan di Mesir dan telah berhijrah ke Malaysia kerana mengikuti suaminya pada 1964.Beliau berumur 62 tahun merupakan ibu kepada 7 orang anak dan nenek kepada 32 cucu.Beliau telah menubuhkan syarikatnya pada 1992.Namun begitu,Beliau telah menceburi bidang perniagaan sejak kecil lagi.Pada masa kecil beliau telah menjadi juruwangkeda ayahnya.Selain itu,sebelum melakukan perniagaan beras beliau telah mengambil upah menjahit sulaman,menjual barangan dapur serta mengedarkan rempah ratus di bawah jenama Bunga Raya.

Dato'Siti Nurthaliza Binti Tarudin.

Dato' Siti di lahirkan pada 11 Januari 1979 di Berek Poleh Kampung Awah,Termorloh.Beliau merupakan anak ke empat dari lapan orang adik beradik.Beliau menerima fasa pendidikan yang terawal pada usia lima tahun di Tabika Perkep,Balai Polis,Temerloh.Selepas ini beliau telah melanjutkan pelajarannya di Sekolah Rendah Clifford dari darjah satu sehingga darjah enam.Beliau melanjutkan pelajarannya di peringkat menengah di Sekolah Menegah Kebangsaan Clifford,Temerloh.Beliau merupakan penyanyi yang tersohor di Malaysia.Pada Mac 2014 beliau telah melancarkan produk kecantikannya sendiri iaitu Simply Siti.


Seorang usahawan tidak pernah mengenal erti penat lelah.Seperti yang kita tahu tokoh-tokoh yang saya pilih ini telah mendapat kegagalan sebelum mereka berjaya seperti sekarang.Sebagai contoh,Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang sering menemui kegagalan namun tidak pernah berputus asa. Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis.Tan Sri Syed Mokhtar telah mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

BUDAYA USAHAWAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,hari ini kita akan berkongsi apakah budaya-budaya seorang usahawan.Terlebih dahulu mari kita lihat apa yang di maksudkan dengan "budaya".Menurut Ebert dan Griffin (2003),budaya merupakan peranan yang di kongsi bersama,di ceritakan serta kepercayaan dan norma-norma yang melicinkan sesebuah organisasi,budaya ini di pengaruhi oleh falsafah,tingkah laku serta pengurusan sesebuah oraganisasi.Antara budaya usahawan ialah:-

Keupayaan Mengambil Risiko.

Seseorang usahawan hendak bijak dalam mengambil risiko bagi meneruskan perniagaan mereka.Hal ini kerana,setiap perniagaan terdedah dengan pelbagai risiko namun begitu usahawan hendaklah bijak dalam mengambil risiko seperti risiko yang diperhitungkan.Risiko yang di perhitungkan bermaksud risiko yang telah dikira oleh usahawan dimana sekiranya berlaku apa-apa seperti kegagalan produk usahawan masih mampu meneruskan perniagaan mereka meskipun mengalami kerugian.

Keberanian Mencuba.

Sifat berani mencuba sesuatu yang baru amat penting bagi seseorang usahawan.Hal demikian kerana,usahawan merupakan seseorang atau golongan yang bertanggungjawab untuk mencipta produk-produk baru yang dapat memenuhi permintaan pengguna.Keberanian mencuba sesuatu yang baharu adalah amat penting untuk produk keluaran mereka diterima oleh pelanggan.Tanpa sifat ingin serta keberanian untuk mencuba usahawan tidak akan akan berjaya.

Kreatif dan Inovatif.

Kreatif merupakan kelebihan yang ada pada usahawan bagi memberi kelainan kepada produk dan servis daripada pasaran.Menurut Dollinger (1995) kreativiti mempunyai hubungan yang rapat dengan revolusi,perubahan serta dinamisme.Selain itu,inovasi merupakan cara usahawan untuk mengubah,membentuk semula produk keluaran pesaing dengan memberi nilai "value" yang lebih dari produk asal bagi memenuhi permintaan pengguna.Kreativiti dan inovatif hendaklah seiring dengan matlamat usahawan itu agar berjaya meletakkan produk keluaran mereka di hati pelanggan.

Sentiasa Bergerak Ke Hadapan.

Usahawan yang berjaya akan sentiasa bergerak kehadapan tanpa mengenal penat,lelah,serta erti putus asa.Hal demikian kerana istilah " jatuh bangun" sudah agak serasi dengan usahawan.Usahawan sentiasa berdepan dengan risiko sama ada produk atau servis keluaran mereka mendapat tempat di hati pengguna atau tidak.Sering kali produk atau servis usahawan di pandang sepi atau gagal usahawan hendaklah bermula semula dari bawah.Usahawan yang berjaya akan menganggap kegagalan itu sebagai pengajaran dimana setiap kali mengalami kegagalan mereka akan mencuba sampai berjaya.Manakala usahawan yang tidak berjaya apabila mengalami kegagalan mereka tidak lagi ingin bangkit serta menggap mereka telah gagal segalanya.Oleh yang demikian seorang usahawan hendaklah sentiasa bergerak ke hadapan tanpa erti putus asa.



Selasa, 4 November 2014

PERANAN USAHAWAN KEPADA NEGARA.

assalamuaikum dan salam sejahtera kepada pembaca,pada kali ini kita akan berkongsi berkenaan peranan usahawan kepada negara.Terlebih dahulu mari kita lihat maksud keusahawanan.'Keusahawanan' atau 'entrepreneur' di ambil dari bahasa peranchis iaitu 'entreprendre' yang bermaksud memikul atau mencuba sesuatu yang baru.Menurt Dewan Bahasa dan Pustaka usahawan boleh di definisikan sebagai seseorang yang mempunyai usaha,ikhtiar dalam menyempurnakan sesuatu pekerjaan.Antara kepentingan usahawan ialah:-

Meningkatkan Ekonomi.

keusahawanan amat penting bagi meningkatkan ekonomi sesebuah negara.Hal ini kerana,setiap usahawan akan mencipta produk-produk baharu and akan membina lebih banyak kilang di dalam negara menyababkan penghasilan output yang banyak dan bermutu setanding dengan negara luar akan mengurangkan kadar import dalam negara.Lambakan atau lebihan produk di dalam negara akan di exsport keluar seterusnya meningkatkan kadar exsport negara.Apabilla kadar ekxport melebihi kadar import negara akan meningkatkan keuntungan.Hal ini kerana aliran wang yang masuk kedalam negara adalah melebihi kadar wang yang keluar.

Meningkatkan Pembangunan Kawasan Terlibat.

Usahawan juga penting untuk meningkatkan pembangunan sekitar kawasan operasi perniaggan.Hal ini di sebabkan kerana,usahawan akan memberbaiki atau membuat infrastruktur di kawasan operasi. Sebagai contoh,usahawan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang berasaskan pertanian mereka hendaklah membina infrstruktur atau kemudahan awam seperti sekolah,klinik,kediaman,jalan raya dan sebagainya bagi melancarkan urusan perniagaan serta bagi menjaga kebajikan para pekerja.

Mengurangkan Masalah Sosial.

Pengangguran merupakan masalah sosial yang amat merisaukan pada masa kini, oleh itu usahawan dapat menyelesaikan masalah tersebut.Hal ini kerana,seorang usahawan yang menjalankan sesuatu perniagaan memerlukan perkerja bagi menjalankan atau melancarkan aktiviti jualan.Dengan adanya kilang yang di usahakan oleh usahawan ini akan memberi banyak jawatan kosong di kawasan setempat,ini kan meningkatkan taraf hidup penduduk kawasan setempat serta kadar pengangguran juga akan turut menurun dan kes jenayah seperti memcuri,merompak dan sebagainya akan turun berkurangan di sebabkan para penduduk kawasan mempunyai kehidupan yang baik.

Memenuhi Permintaan dan Penawaran Pengguna.

Permintaan dan penawaran pengguna merupakan peranan seseorang usahawan.Hal ini kerana,pengguna merupakan seseorang yang akan membeli produk atau servis yang di cipta oleh uasahawan.Oleh yang demikian,seorang usahawan kenalah peka kepada permintaan dan penawaran agar sentiasa menawarkan sesuatu produk atau servis yang memenuhi permintaan penguna.Sekirangnya tidak,usahawan hanya akan menambah lambakan produk atau servis yang sedia ada di pasaran.


Ini saja yang dapat di kongsikan pada hari ini, saya berharap para pembaca mendapat sesuatu yang baik pada artikle saya pada hari ini.Semoga berjumpa lagi di lain hari untuk mengtahui lebih lanjut mengenai usahawan.

Isnin, 3 November 2014

USAHAWAN BERJAYA DI MALAYSIA.DATO'SITI NURHALIZA BINTI TARUDIN.

Siti Nurhaliza binti Tarudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dato' Siti Nurhaliza
Latar belakang
Nama lahirSiti Nurhaliza binti Tarudin
سيتي نورهاليزا بنت تارودين
Kelahiran11 Januari 1979 (35 tahun)
Kuala Lipis, Pahang, Malaysia
GenreIrama Malaysia, Pop, Soft rock, Pop rock, R&B, Dance-pop
PekerjaanPenyanyi, Penulis lagu, Penerbit rakaman, Ahli perniagaan, Pelakon
Tahun aktif1995 – kini
LabelSiti Nurhaliza Productions, Suria Records
Laman webwww.simplysiti.com.my

Siti's Signature.png
Tanda tangan Siti Nurhaliza.
Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP (lahir 11 Januari 1979) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu pop dari Malaysia. Selain banyak menerima lebih 100 anugerah tempatan dan antarabangsa[1], beliau juga menerima gelaran The Voice Of Asia oleh Alicia Keys di majlis MTV Asia Awards 2005 di Bangkok, Thailand kerana kehebatan vokal sopranonya serta pencapaian terbilang di dalam dan luar negeri.[2] Pada Ogos 2006, beliau bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa; dua bulan kemudian, beliau dikurniakan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang yang memberi gelaran Dato' di awal namanya.[3]
Beliau mula menempa nama sebagai artis yang mencapai jualan berbilang platinum, semenjak menjuarai Bintang HMI 1995 pada usia 16 tahun[4] apabila beliau ditawarkan kontrak rakaman dari empat syarikat rakaman antarabangsa.[5] Single pertamanya, "Jerat Percintaan" dari album sulungnya menjadi juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-10 di samping merangkul dua lagi anugerah untuk Persembahan Terbaik dan Kategori Balada.[6]. Beliau mengepalai senarai penyanyi wanita terbaik Malaysia yang menguasai industri muzik di era 2000-an, di samping dengan vokalis ternama seperti Jaclyn Victor, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar.[perlu rujukan]
Selain bidang nyanyian, Siti dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang terhandal di Malaysia. Beliau mengungguli 'Richest Artistes' in Malaysia[7]. Beliau ialah seorang jutawan dalam industri hiburan Asia Tenggara yang nilainya mencecah RM 50 juta.[8]


Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Siti lahir pada 11 Januari 1979 di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, sebagai anak keempat dalam lapan adik-beradik kelahiran Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik.[4] Beliau berasal daripada keluarga penggemar muzik[9], yang mana adik-beradiknya, Saiful Bahri, Siti Norsaida dan Siti Saerah juga bekerja sebagai penyanyi.[10] Datuknya ialah seorang pemain biola yang terkenal, manakala ibunya seorang penyanyi irama etnik yang terkenal juga. Siti Nurhaliza merupakan penyanyi utama kumpulan 'Family Group',[4] yang diasaskan oleh bapa saudaranya, Abdul Rahim Bachik.
Sewaktu kanak-kanak, beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sekolah, termasuk sukan dan pidato. Siti Nurhaliza menerima pendidikan terawalnya di Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh. Di sinilah beliau mula menyerlahkan bakat nyanyian pada usia enam tahun ketika mempersembahkan lagu tradisional "Sirih Pinang" di acara akhir tahun persekolahan.[4] Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, kemudian di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis, Pahang.
Seusia 13 tahun, Siti mengikut bapa saudaranya ke persembahan jemputan seperti majlis pernikahan dan jamuan kenduri untuk untuk mendedahkan diri sebagai penyanyi live[11], sehingga meraih sambutan baik daripada masyarakat setempat. Siti juga pernah memenangi pertandingan nyanyian pertamanya pada usia 12 tahun, apabila menyanyi lagu patriotik "Bahtera Merdeka" di sebuah Karnival Kuala Lipis Carnival sempena "Nyanyian Bulan Kemerdekaan".
Siti seorang yang aktif dalam sukan ketika di bangku sekolah; ini terbukti di Fiesta Media Idola 2006 di Kuantan apabila beliau menjadi pembawa obor bersama Fasha Sandha.

1995–1996: Kejayaan awal[sunting | sunting sumber]

Setelah menyertai pertandingan demi pertandingan, pada usia 16 tahun, Siti berentap dalam Juara Bintang HMI anjuran RTM pada tahun 1995.[4] Sewaktu bertanding, beliau bertemu dengan Adnan Abu Hassan, seorang penggubah lagu terkenal di Malaysia. Adnan membimbing dan membantunya memperhalusi prestasi vokal, sehingga akhirnya Siti menjuarai pertandingan tersebut. Setelah diberi pilihan dari empat syarikat rakaman antarabangsa, beliau menerima kontrak Suria Records, sekaligus mengetepikan tawaran Sony Music, BMG Music dan Warner Music.[5] In 1996, Suria Records released her first self-titled album, Siti Nurhaliza.[12] Usaha rakaman album pertama mencabar sekali kerana beliau perlu mengimbangi kerja album itu dengan persediaan menghadapi SPM. Namun demikian, album sulungnya itu cemerlang sekali, lalu membuka laluan untuk album demi album yang berjaya di pasaran.


1996–2006: Mekarnya sebutir bintang[sunting | sunting sumber]

Setelah keluarnya album pertama, Siti menjadi tokoh terkenal dalam budaya pop Melayu. Beliau terus menjayakan lagu hit demi album hit, lagu-lagunya yang pelbagai genre termasuk pop, R&B, dan tradisional. Suara dan senikatanya nyata disambut hangat oleh masyarakat di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.
Pada 12 Januari 1998, Siti membuka Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. sebagai agen rasmi yang akan menguruskan segala aktiviti seni beliau dengan lebih tersusun.[13] Pada tahun yang sama, Siti buat pertama kalinya muncul di pentas antarabangsa di upacara penutupan Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur pada 21 September, di mana beliau berkongsi pentas dengan Céline Dion dan Rod Stewart untuk menghiburkan para hadirin.[14] Upacara ini disiarkan di 70 buah negara, maka inilah kali pertama Siti Nurhaliza disaksikan oleh mata dunia.
Siti menerima anugerah luar negara pertamanya ketika bertanding di Shanghai Music Festival 1999 di China, di mana beliau menggondol anugerah tertinggi iaitu Anugerah Emas. Pada tahun yang sama, beliau menyertai South Pacific International Song and Singing Competition 1999 di Gold Coast, Queensland, Australia hingga merangkul gelaran 'Pop Winner' dengan mengetepikan ramai pesaing dari Pasifik Selatan, dan juga mengungguli kategori 'Top 40 for International Song' dengan single "We'll Be As One".[2] Siti turut menarik perhatian juri dengan kehebatan vokalnya sehingga dikurniakan hadiah 'Best Female Vocal Performance' dengan lagu itu juga. Pada tahun 2002, Siti menyertai pertandingan Voice of Asia di Kazakhstan, di mana beliau merangkul gelaran tertinggi 'Grand Prix Champion'.[2]
Setelah banyak meraih anugerah, nama Siti semakin berkembang di benua Asia. Pada tahun 2003, Siti ke Jepun untuk mengadakan konsert di Yokohama setelah mengetahui singlenya, "Percayalah" dan lagu-lagu lainnya disambut baik di situ.[4]
Siti ialah artis bukan Cina pertama yang dijemput untuk membuat persembahan di majlis Golden Melody Awards ke-15, Taiwan pada tahun 2004.[15] Selain bernyanyi solo, beliau juga berduet dengan Leehom Wang dengan lagu klasik "Yue liang dai biao wo de xin" ("Bulan lambang hatiku", nyanyian asal Teresa Teng).
Siti turut menjayakan konsert solo di Royal Albert Hall, London pada bulan April 2005, sungguhpun kebanyakan hadirinnya merupakan warga Malaysia yang tinggal di United Kingdom atau datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan konsertnya. Akhbar British menggelarnya "Asia's Celine Dion" kerana kekuatan vokal dan persembahan yang cemerlang[16], apatah lagi paling banyak single nombor satu di Malaysia ketika ini.
Setakat ini, Siti Nurhaliza tidak terlepas membuat persembahan di MTV Asia Awards semenjak pengnanugerahan tersebut diperkenalkan pada tahun 2002. Pada edisi 2005 di Bangkok, Siti dikejutkan oleh gelaran "The Voice of Asia" yang diberikan oleh Alicia Keys sebagai pengiktirafan kepada kekuatan vokalnya serta pencapaiannya di peringkat tempatan dan antarabangsa.[2]Seorang vokal instruktor dari Indonesia juga menyatakan Siti Nurhaliza mempunyai 4 oktaf vokal range


2006–2009: Perkahwinan dan kesinambungan kegemilangan[sunting | sunting sumber]

Album studio ke-11 Siti, Transkripsi, merupakan album pertama terbitan SNP yang diterbitkan pada tahun 2006. Album Transkripsi cemerlang dengan dikurniakan sijil 3 kali platinum kerana jualan melebihi 80,000 unit, menggondol anugerah Album Terbaik dan Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14, di samping juga membantu Siti merangkul tiga anugerah (Lagu Terbaik untuk "Biarlah Rahsia", Artis Wanita Terbaik, Artis Wanita Popular) Anugerah Planet Muzik pada tahun yang sama.[17]
Setelah sekian lama dikhabaranginkan, pada 17 Julai 2006, Siti membuat pengumuman di sidang akhbar bahawa beliau menerima lamaran perkahwinan Datuk Khalid Mohamad Jiwa yang sebelum ini hanya dikenali sebagai "Datuk K". Majlis pertunangan dan akad nikah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Putrajaya, pada 21 Ogos 2006, di hadapan kira-kira 2.86 juta penonton TV menerusi siaran langsung.[18] Jamuan perkahwinan pertama yang gilang-gemilang dengan kehadiran kerabat diraja, artis dan saudara-mara diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2006, dan disaksikan oleh 6.307 juta penonton di seluruh negara, walaupun terpaksa berkongsi masa dengan temubual Santai bersama Mawi dan Ina di RTM1.[19] Majlis bersanding diadakan pada 3 September 2006, di Kuala Lipis, Pahang. Perkahwinan Siti dan Datuk Khalid ini tersenarai di tangga ke-16 dalam senarai 20 Perkahwinan Terunggul seluruh dunia pada tahun 2006 (berdasarkan carian pengguna) dalam blog Yahoo! Buzz.[20]
Pada 24 Oktober 2006, dua bulan selepas bergelar Datin hasil perkahwinannya, Siti dikurniakan pangkat 'Darjah Indera Mahkota Pahang' oleh Sultan Haji Ahmad Shah dari Pahang yang membawa gelaran Dato' di hadapan nama penerimanya.[3]
Siti Nurhaliza juga telah memeriahkan acara permaidani merah di Anugerah Grammy yang bertempat di Staples Center, Los Angeles pada 11 Februari 2007. Pembabitan Siti Nurhaliza ini menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama yang diberi penghormatan berjalan di atas permaidani merah di majlis Grammy yang berprestij itu.[21]
Pada 20–21 April 2007, Siti mengambil bahagian dalam Konsert Istana Cinta Nostalgia, sebuah acara penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma di Istana Budaya, Kuala Lumpur yang mempersembahkan pelbagai lagu ciptaan Tan Sri P. Ramlee sendiri, yang dinyanyikan oleh Siti dan artis jemputan yang lain.[22]
Siti Nurhaliza di belakang pentas Konsert Suara Hati Sudirman Arshad pada April 2007.
Tahun 2007 juga menyaksikan penyertaan Siti dalam rakaman runut bunyi filem, yang mana beliau menyumbangkan lagu "Menanti Pasti" untuk filem Kayangan, dan "Hati" untuk 1957: Hati Malaya. Hanya lagu Hati disertakan dalam album studio ke-12 beliau, Hadiah Daripada Hati[23] dan juga menerima anugerah Lagu Tema Asal Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 pada tahun 2008.[24]
Dalam cubaan berlakon pertamanya, Siti memegang watak Azizah, kekasih misteri P. Ramlee, dalam muzikal Remy… Kisah P. Ramlee, sebuah lagi penghormatan kepada P. Ramlee, di Istana Budaya pada 19 Oktober hingga 3 November 2007.[25]
Album studio ke-12 Siti, Hadiah Daripada Hati keluar pada 10 Disember 2007. Lagu "Ku Mahu" daripada album ini menjadi single pertama dan lagu tema siri televisyen Spa Q.[26] "Melawan Kesepian" menjadi single kedua dan runut pertama yang ada video muzik. Lagu ini adalah rakaman semula daripada lagu asal dendangan kugiran Jikustik dari Indonesia.[27] Usaha lakonan pertama beliau dalam Remy juga memperkenalkan single ketiganya, "Mulanya Cinta", ciptaan Dick Lee dari Singapura.[28] Album ini meraih anugerah-anugerah Album Pop Terbaik, Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu (Melayu) (untuk lagu "Cintamu"), dan Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita)(buat kali kesembilan) pada Anugerah Industri Muzik 2008.[29]
Siti juga menjadi antara tokoh-tokoh yang paling kerap dicari oleh pengguna Google dari Malaysia, menurut data Google's 2007 Malaysia Year-End Zeitgeist, mengatasi selebriti lain seperti Paris Hilton dan Britney Spears.[30] Pada Januari 2008, Siti dinamakan sebagai salah seorang daripada Asia's Idols oleh Asia News Network kerana pencapaian yang menjadi contoh serta mencapai taraf ikon hiburan Malaysia.[31]
Pada 26 Disember 2008, keluarnya album studio Siti yang ke-13, Lentera Timur, album etnik kreatif keempat daripada beliau.[32] Siti mengulas bahawa album ini mengandungi lagu-lagu yang lebih moden dan kontemporari, tidak seperti genre tradisional yang pernah didendangkannya sebelum ini.[33] Sembilan daripada 13 lagu terpilih didatangkan daripada bengkel penulisan lagu "Cipta Ekspress – Berirama Malaysia" yang dianjurkan oleh Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Malaysia (MACP) khas untuk mencari bahan untuk album ini.[32] Album Lentera Timur meraih anugerah Albom Pop Etnik Terbaik dan Album Terbaik keseluruhan, di samping Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Wanita) (untuk "Di Taman Teman") di Anugerah Industri Muzik 2009.[34] Pada tahun 2009 juga, kekayaan Siti dianggarkan mencecah RM 50 juta oleh MTV Asia, sekaligus memperkukuhkan kedudukan beliau sebagai salah seorang jutawan dalam bidang hiburan Asia Tenggara.[35]
Siti merakam dua lagu untuk filem Indonesia, Perempuan Berkalong Sorban, iaitu "Ketika Cinta" (lagu asal Opick) dan "Batasku Asaku" (lagu baru ciptaan Siti).[36] Kedua-dua lagu tersebut disertakan dalam album studio ke-14-nya, Tahajjud Cinta.[37]
Pada 15 Februari 2009, bapa Siti, Taruddin Ismail meninggal pada 11.50 pagi ketika usia 67 tahun, setelah menjalani pembedahan pintasan jantung, meninggalkan tujuh anak dan 10 cucu.[38][39] Sempena mengenang pemergian arwah bapanya, Siti berkabung selama 40 hari dan menghindari aktiviti hiburan sepanjang tempoh itu, kecuali Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1430 Hijrah.[40] Selepas habis berkabung, Siti menjayakan SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza, sebuah konsert tiga hari yang bermula pada 26 Jun 2009 di Kuala Lumpur. Tiket-tiketnya habis dijual sebelum malam pertama.[41] Di samping mendapat sanjungan tinggi daripada para penonton, persembahan ini dihadiri hadirin yang terkenal dari serantau seperti Krisdayanti dan Rossa dari Indonesia.
Pada 23 Julai, kemahirannya selaku bekas duta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia diuji apabila beliau bersama seorang doktor panel Media Prima melakukan resusitasi jantung paru-paru (CPR) pada Yasmin Ahmad apabila sutradara itu rebah tiba-tiba ketika membuat pembentangan di Sri Pentas.[42][43] Yasmin meninggal dalam hospital akibat angin ahmar dua hari kemudian.
Pada bulan Ogos, Siti dikurniakan saluran sendiri beliau di saluran 188 Astro, iaitu Channel Siti selama 28 jam pada 30 Ogos 2009, untuk menayangkan rakaman konsert SATU pada Jun lalu, rakaman Fantasia Tour pada tahun 2004 dan video muzik Siti pilihan.[44]
Pada 9 September 2009, di tengah bulan puasa, album Tahajjud Cinta akhirnya keluar dengan menampilkan lagu-lagu bergenre kerohanian. Pada 28 Disember, keluarnya sebuah lagi album duet Siti Nurhaliza bersama Krisdayanti, iaitu CTKD, di pasaran Malaysia, diikuti keluaran di pasaran Indonesia pada 27 Januari 2010.[45][46]


2010–kini:SimplySiti[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Januari 2010, Siti bergabung tenaga bersama M. Nasir untuk mengadakan Konsert Bagaikan Sakti di Esplanade – Theatres on the Bay, Singapura, yang juga disiarkan secara langsung menerusi saluran 955 Astro Box Office Events, dengan ulang tayang pada 2–10 Januari.[47] Syarikat beliau, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. turut mengadakan konsert untuk dua orang seniman baru terunggul Malaysia, Faizal Tahir dan Aizat, berjudul Konsert Satu Suara dengan iringan Simfoni Orkestra Kebangsaan oada 12 hingga 14 Februari di Istana Budaya.[48]
Pada 25 Mac, Siti menerima anugerah pertamanya pada tahun itu, iaitu Anugerah Artis Contoh HIP TV 2009[49] mengungguli empat calon lain berdasarkan undian SMS penonton.[50] Pada 30 Mac, beliau melancarkan jenama produk kecantikan dan kosmetik SimplySiti. Produk-produknya menjalani penyelidikan dan pembangunan di Korea, serta diterapkan nanoteknologi sebelum menerima kelulusan halal oleh JAKIM.[51] Tak sampai dua bulan selepas pelancarannya, SimplySiti dinobatkan sebagai "The Best Halal Product" dalam kategori kosmetik oleh majalah Halal Journal Magazine


REFERANCE :http://ms.wikipedia.org/wiki/Siti_Nurhaliza_binti_Tarudin
                        :http://en.wikipedia.org/wiki/SimplySiti

TOKOH BERJAYA DI MALAYSIA. FAIZA BAWUMI SAYED AHMAD.





Saya ingin menjadi pembayar zakat terbesar di negara ini.” Itulah azam, pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd., Faiza Bawumi Sayed Ahmad. Wanita kelahiran Mesir itu berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya. Ketika kebanyakan wanita seusianya berehat di rumah, Faiza, 58 dan nenek kepada 32 cucu sibuk merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini. Faiza yang juga Pengarah Urusan Syarikat Faiza, sedang bertungkus-lumus mengeluarkan beberapa produk baru yang dijangka masuk ke pasaran selewat-lewatnya penghujung tahun ini. Wanita yang berperwatakan lembut itu sebenarnya seorang yang tegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 1992 itu berada di landasan betul sekali gus mencatatkan keuntungan saban tahun. Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, Faiza pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan.
“Kejayaan ini tidak datang dengan mudah, saya bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM4 selain menjual pelbagai barangan dapur. “Kemudian, saya beralih membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya yang dilakukan di rumah dan mengedarkannya di kedai-kedai,” katanya yang mampu menguasai bahasa Melayu setelah tiga bulan berada di Malaysia. Ibu kepada tujuh anak itu menambah, modal daripada menjual rempah kari itu digunakan untuk membuka kedai runcit. Dari situ beliau mendapati pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain.
Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam. “Pada mulanya, saya buntu juga melihat satu lori treler penuh berisi beras diletakkan di hadapan rumah, namun saya nekad membungkus menggunakan jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai-kedai di seluruh Johor. “Sehingga kini, perniagaan beras keluaran syarikat saya mendapat sambutan. Meskipun saingan sengit, kami telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal,” katanya yang kini mempunyai kilang di Kuala Lumpur, Kedah dan Terengganu.
Pada tahun 1998, beliau terdorong mempromosi beras ponni dari India yang dipercayai baik untuk kesihatan, khususnya bagi penghidap diabetes, obesiti dan darah tinggi. Faiza berkata, bagi membuktikan kebaikan beras itu, syarikatnya telah meminta Universiti Putra Malaysia (UPM) membuat kajian dan hasilnya memang positif. “Saya melabur berjuta ringgit bagi produk Taj Mahal dan telah meminta hak eksklusif daripada Bernas,” tambahnya yang gembira dengan sambutan orang ramai terhadap produk tersebut. Walaupun syarikatnya menumpukan produk beras dan rempah, kini beliau sedang meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap.
Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya. Ketika ini, syarikatnya telah memasarkan bubur herba penghujung tahun lalu dan mendapat permintaan yang baik daripada para pelanggan. Bagi produk bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin dari China dan produk itu akan diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading. Kilang tersebut mampu mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta bagi tahun pertama.

Kehidupan
Faizah yang suka hidup bermasyarakat berkata, semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. Sebab itulah, syarikatnya bekerjasama dengan TV3 selaku penaja utama sejak lapan tahun lalu menerusi program Bersamamu. Dari segi kehidupan berkeluarga, Faizah menerapkan pendekatan supaya anak-anaknya hidup berdikari. Sejak kecil anak-anaknya dilatih menjual dan mereka mendapat upah.
Bagaimanapun katanya, pendidikan menjadi keutamaan dan mereka diberi peluang menuntut ilmu setinggi mungkin. “Bukan semua anak saya terlibat dalam perniagaan, anak sulung dan kelima menjadi pensyarah dan lima yang lain membantu Syarikat Faiza,” katanya. Bercerita tentang pengalaman menguruskan perniagaan tersebut, beliau pernah menangkap pekerja yang menipu dan mencuri. “Macam-macam cara orang hendak menipu dan saya pernah menangkap pekerja yang menjual guni beras yang dimasukkan ke dalam lori. Guni beras ini harganya mahal di pasaran,” katanya.
Ketika kebanyakan wanita yang seusianya berehat di rumah, Faiza pula sibuk merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam perniagaan beras di negara ini.Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar. Wanita ini turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat, di sini yang akan dibina tidak lama lagi katanya kepada Utusan Malaysia di sini.Semangat berniaga bagi wanita yang berasal dari Mesir ini telah tertanam sejak kecil lagi kerana bapanya adalah seorang peniaga kedai makanan. Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga.Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.
Menurut Faiza beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya.Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur.Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai. “Sebelum saya menjual beras, saya terpaksa pergi dari rumah ke rumah bertanyakan sama ada pelanggan mahu membeli beras sekiranya saya menjualnya,” katanya.Beliau kemudian memohon lesen pemborong beras dan menjual beras pelbagai jenis termasuk ponni, basmathi, beras wangi, beras siam. Dalam tempoh sembilan tahun, perniagaan beras keluaran syarikatnya mendapat sambutan baik.Katanya, daripada hanya dikenali di sekitar negeri Johor, jenama Beras Faiza melebarkan sayapnya ke Melaka dan Kuala Lumpur.

Sumbangan



Kesenangan yang ada perlu dikongsi bersama dengan mereka yang memerlukan,terutama golongan miskin dan ibu tunggal, kata Faiza Bawumi Sayed Ahmad, tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini.



Faiza, yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, yang sinonim dengan program realiti televisyen swasta tempatan yang berbentuk amal "Bersamamu" kerana syarikat itu merupakan penaja utama rancangan tersebut, berkata hasratnya kini adalah untuk menubuhkan Yayasan Faiza bagi membantu golongan tersebut.


"Pengalaman turun padang mendekati kehidupan golongan susah dan ibu tunggal membuatkan saya berhasrat untuk menubuhkan Yayasan Faiza satu hari nanti bagi menguruskan hal kebajikan dan sumbangan kepada orang ramai.

"Niat saya hanya satu, iaitu tujuan saya berniaga bukan untuk kekayaan diri sendiri, tetapi untuk membantu orang lain terutama golongan miskin dan ibu tunggal menikmati kehidupan yang baik," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Faiza juga turut menyarankan umat Islam di negara ini supaya hidup bersatu padu supaya tidak mudah ditindas oleh bangsa lain, dan hubungan yang kukuh sesama umat Islam bukan sahaja mampu memajukan masyarakat Islam di negara ini, malah mampu meningkatkan kedudukan ekonomi masyarakat tersebut.

"Kita kena bersatu supaya tiada sesiapa dapat pecah-belahkan kita. Bila kita lemah, kita kena tindas. Ibarat lidi, bila ia satu, maka ia mudah dipatahkan tetapi apabila ia banyak, maka tidak dapat dipatahkan dengan mudah," kata anak kelahiran Mesir yang berhijrah ke Malaysia mengikuti suaminya Allahyarham Abu Bakar Ahmad yang merupakan rakyat Malaysia pada tahun 1964.

Faiza, 68, berkata selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul kali ini iaitu "Memantapkan Ukhuwah, Memperkasa Ummah", semua masyarakat Islam juga perlu mengamalkan cara hidup dengan berpegang kepada ajaran Al-Qur'an, dan bersikap sentiasa senang hati apabila melihat kesenangan orang lain, dan bukannya berperasaan iri hati serta berhasad dengi apabila melihat kejayaan orang lain.

Faiza berkata pengalamannya berniaga, termasuk berurusan dengan bangsa lain membuka mindanya untuk menyedarkan masyarakat Islam khususnya orang Melayu betapa perlunya mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain seperti yang diamalkan bangsa lain.

"Pernah seorang peniaga bukan Melayu meminta saya berfikir antara dua jenis ketam iaitu ketam Melayu dan ketam bukan Melayu. Mulanya saya tidak faham apa yang dimaksudkannya dengan dua jenis itu sehinggalah peniaga itu kemudian menjelaskan bahawa ketam Melayu akan menarik kawannya jatuh ke bawah ketika berjalan mendaki bukit, manakala ketam bukan Melayu pula akan menolong kawan-kawannya," katanya.

Faiza yang memiliki diploma dalam bidang jahitan sebelum berjaya mendirikan perusahaannya sekarang mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjahit pakaian, dan kemudian mengusahakan perusahaan rempah giling yang dijual kepada jiran serta kedai, sebelum membuka kedai runcit pada tahun 70-an.

Beliau memasuki bidang pembekal dan pemborong pada tahun 1982 sebelum menubuhkan Syarikat Faiza Sdn Bhd yang menjalankan aktiviti memproses dan mengedarkan beras berpangkalan di Batu Pahat pada tahun 1992.

Ibu kepada tujuh orang anak dan mempunyai 32 orang cucu itu juga berharap masyarakat Islam sentiasa mencontohi keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dalam menjalankan kehidupan seharian, terutama amanah dan gigihnya Baginda Rasullulah dalam menjalankan perniagaan serta dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin.

Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini temasuk yang paling dikenali, "Herba Ponni Taj Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu Faiza Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.





Anugerah




Syarikat Faiza juga telah menerima pelbagai anugerah termasuk pemborong terbaik pada tahun 2000, anugerah kecemerlangan operasi Padiberas Nasional Berhad (Bernas) pada 2001 dan dan anugerah emas bagi beras Taj Mahal oleh Reader's Digest Super Brand.




Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, Faiza tetap meluangkan masa untuk melakukan kerja amal termasuk memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Pemborong Beras Bumiputera Malaysia, Pengerusi Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Batu Pahat, Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Batu Pahat (Pengerusi Biro Kebajikan) dan ahli lembaga pelawat Hospital Batu Pahat serta pemegang amanah anak yatim Batu Pahat.



Beliau juga pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Wanita Anggun 2005, Tokoh Ibu Mithali Perkim 2007, Wanita Nadi Negara peringkat Johor 2007 dan anugerah khas Tokoh Guru 2009.

REFERENCE:http://raksasapurple.blogspot.com/2012/03/contoh-tokoh-usahawan-yang-berjaya.html

TOKOH-TOKOH USAHAWAN BERJAYA DI MALAYSI

LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY
  • Umur – 53 tahun
  • Pendidikan – SPM
  • Mula berniaga – 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
  • Kekayaan -RM1,425 juta
  • Ke 7 terkaya di Malaysia
  • Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal. 

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.
Pendidikan
Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.
Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Membantu keluarga
Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.
Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.
Mula berniaga
Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.
Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.
Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.
Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.
Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Menubuhkan syarikat
Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.
Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.
Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.
Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.
Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.
Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.
Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Strategi tersendiri
Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.
Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. 
Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.
Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000).
Pada masa yang sama, beliau mula membabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.
Penglibatan dalam projek penswastaan
Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.
Kepentingan
Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.
Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.
Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.


Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.
Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.

Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.
Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.
Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu