Rabu, 5 November 2014

BUDAYA USAHAWAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,hari ini kita akan berkongsi apakah budaya-budaya seorang usahawan.Terlebih dahulu mari kita lihat apa yang di maksudkan dengan "budaya".Menurut Ebert dan Griffin (2003),budaya merupakan peranan yang di kongsi bersama,di ceritakan serta kepercayaan dan norma-norma yang melicinkan sesebuah organisasi,budaya ini di pengaruhi oleh falsafah,tingkah laku serta pengurusan sesebuah oraganisasi.Antara budaya usahawan ialah:-

Keupayaan Mengambil Risiko.

Seseorang usahawan hendak bijak dalam mengambil risiko bagi meneruskan perniagaan mereka.Hal ini kerana,setiap perniagaan terdedah dengan pelbagai risiko namun begitu usahawan hendaklah bijak dalam mengambil risiko seperti risiko yang diperhitungkan.Risiko yang di perhitungkan bermaksud risiko yang telah dikira oleh usahawan dimana sekiranya berlaku apa-apa seperti kegagalan produk usahawan masih mampu meneruskan perniagaan mereka meskipun mengalami kerugian.

Keberanian Mencuba.

Sifat berani mencuba sesuatu yang baru amat penting bagi seseorang usahawan.Hal demikian kerana,usahawan merupakan seseorang atau golongan yang bertanggungjawab untuk mencipta produk-produk baru yang dapat memenuhi permintaan pengguna.Keberanian mencuba sesuatu yang baharu adalah amat penting untuk produk keluaran mereka diterima oleh pelanggan.Tanpa sifat ingin serta keberanian untuk mencuba usahawan tidak akan akan berjaya.

Kreatif dan Inovatif.

Kreatif merupakan kelebihan yang ada pada usahawan bagi memberi kelainan kepada produk dan servis daripada pasaran.Menurut Dollinger (1995) kreativiti mempunyai hubungan yang rapat dengan revolusi,perubahan serta dinamisme.Selain itu,inovasi merupakan cara usahawan untuk mengubah,membentuk semula produk keluaran pesaing dengan memberi nilai "value" yang lebih dari produk asal bagi memenuhi permintaan pengguna.Kreativiti dan inovatif hendaklah seiring dengan matlamat usahawan itu agar berjaya meletakkan produk keluaran mereka di hati pelanggan.

Sentiasa Bergerak Ke Hadapan.

Usahawan yang berjaya akan sentiasa bergerak kehadapan tanpa mengenal penat,lelah,serta erti putus asa.Hal demikian kerana istilah " jatuh bangun" sudah agak serasi dengan usahawan.Usahawan sentiasa berdepan dengan risiko sama ada produk atau servis keluaran mereka mendapat tempat di hati pengguna atau tidak.Sering kali produk atau servis usahawan di pandang sepi atau gagal usahawan hendaklah bermula semula dari bawah.Usahawan yang berjaya akan menganggap kegagalan itu sebagai pengajaran dimana setiap kali mengalami kegagalan mereka akan mencuba sampai berjaya.Manakala usahawan yang tidak berjaya apabila mengalami kegagalan mereka tidak lagi ingin bangkit serta menggap mereka telah gagal segalanya.Oleh yang demikian seorang usahawan hendaklah sentiasa bergerak ke hadapan tanpa erti putus asa.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan